Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

cara hilangkan jerawat yang teruk dalam masa 1 bulan : part 2

assalamualaikum

sorry baru ada masa nak update pasal my skin problem

ok untuk yang tiba2 naik jerawat..tak henti2 pulak tu..
please jangan cuba product baru ok? please

biarkan kulit calm sikit..then bila dah ok barulah try skincare baru ok?

bulan 10 tahun lepas fyna naik jerawat..act dah lama jugak fyna tak naik jerawat..so one day time period naik jerawat.. fyna macam dah risau dah..and time tu juga banyak job makeup so agak stress plus muka pun keep pakai makeup kan?


my skin tak flawless..ada banyak pores but fyna paling tak suka bila naik jerawat..nampak timbul2 memang buruk plus jerawat timbul memang tak boleh hide dengan any makeup hmm

fyna letak ubat jerawat dari clinique tapi lambat sembuh.mungkin juga faktor usia emm

so fyna decide untuk try 1 skincare yang agak femes..act dari awal tahun lagi fyna memang aim skincare ni..last2 beli juga

so after seminggu pakai kulit jadi cerah..wahhh suka sangat2! but jerawat keep naik..hmmm fyna pelik betul


27.10.2014

see? then fyna terus stop that skincare but
.
.
.


28.10.2014

jerawat keep naik!


29.10.2014


30.10.2014

agak kering dah jerawat syukur sangat2 


3.11.2015

suddenly naik banyak2 lagi jerawat..time ni memang worse sangat..masa fyna cuci muka even nak ambil air semayang kan..rasa ya allah gatal sangat2 muka..rasa nak garu2 saja muka tapi tahan je..then kadang2 darah akan keluar macam dalam picture tu..entah lah.tiba2 saja darah kluar emm


7.11.2014


30.11.2014

lepas sebulan it getting worse.fyna buat mask.mak telur mak lemon vinegar kayu manis..semua lah but still jerawat tak turun2..but keep naik



2.12.2014

the other side pun dah mula naik jerawat banyak2


so because of this fyna pergi jumpa doc and ambil ubat dari doc
klinik tan baling kedah


3.12.2014

nilah ubatnya
ubat piriton, fexofenadin stada, then ada 1 lagi ubat..fyna tak ingat ubat apa sebab dah buang pula bekas dia..salah satu dari ubat ni adalah ubat tahan gatal..bila fyna makan ubat2 ni..bila cuci muka..dah tak rasa gatal..lega sangat2..dah hilang rasa seksa and takut bila cuci muka dengan air.alhamdulilah

harga rm45 saja rasanya


then fyna berhenti semua supliment..hanya ambil supliment dari farmasi sahaja

tidact pill warna purple tu untuk jerawat..1 papan rm6 saja
fyna ke farmasi then dia kata ubat ni bagus untuk jerawat..sebab muka teruk..so makan 2 kali sehari..rm6 sepapan
blackmore buffered c 500 mg

Kordels Evening Primrose Oil 1000mg



then fyna tukar pencuci muka cetaphil

pencuci ni korang boleh beli di watson/guardian/farmasi yang terdekat
pencuci ni sangat2 mild..ia buatkan kulit fyna calm sikit..but rasa tak bersih je bila cuci hihi



fyna pakai scrub 2 kali saja seminggu sebab tak nak terukkan lagi jerawat..scrub yang fyna pakai ianlah baking soda.yes! baking soda memang musuh ketat jerawat..tapi kalau pakai over pun baking soda akan kalah dengan jerawat.hehe
so pakai 2 kali seminggu..ceranya tuang sedikit baking soda di tapak jari then campur dengan air.sapu di muka,.gosok2 pelahan macam pakai scrub..then cuci




masa adik fyna ada jerawat teruk.dia makan ubat doc and pakai toner aiken ni and sekarang kulit dia sangat2 bersih dari jerawat
caranya mula2 lepas mandi..tuangkan toner aiken di kapas then sapu di muka..
then bedak aiken tuangkan di tangan then tuangkan toner tadi..so sapukan di muka/tempat jerawat macam bedak sejuk
amalkan insyallah muka akan ok..mimi dah pakai banyak botol juga toner aiken ni
so kalau muka yang tak jerawat teruk..boleh cuba cara ni

boleh di beli di watson/guardian.. harga murah saja.tak sampai rm20 rasanya



cni
ini sangat2 bagus! ubat ni lah yang buatkan jerawat fyna hilang sepenuhnya..alhamdulilah
tapi kalau pakai ubat ni kena sabar sebab bila sapu dekat tempat jerawat yang teruk tu..jerawat tu akan lagi membengkak then akan pecah jerawat tu..tapi bila pecah, ia akan keluar cecair + darah yang likat..euuww memang geli..hahah ayah mak kata ha itu memang bagus..dia keluarkan jerawat2 lama
sebelum ni kalau pakai ubat jerawat..sapu then esok tu akan hilang kan? means dia masuk ke dalam kulit balik..but this one dia keluarkan semua..time pakai tu akan rasa pedih sikit then dah tak pedih..tiap2 malam fyna pakai..alhamdulilah tempat jerawat tu dah sembuh sepenuhnya..cni ni fyna pakai malam waktu nak tidur

ni beli di stokis cni.harga dalam rm60 lebih

then fyna pantang..nak tahu apa fyna pantang? boleh baca entry  ini






8.12.2014

lepas 5 hari amalkan yang atas jerawat makin kering walaupun ada jerawat baru muncul =.=


8.12.2014

ni fyna ambil gambar waktu pagi..bangun je tidur the ambil..so ubat cni tu buatkan jerawat fyna yang besar tu pecah! alhamdulilah


13.12.2014


13.12,.2014


18.12.2014


20.12.014

alhamdulilah dalam sebulan jerawat hilang banyak..yang tinggal cuma parut2 sahaja


31.12.2014
with light makeup fyna dah confident sangat2..kalau dulu pakai tudung tutup dagu.tutup pipi but now dah boleh tunjuk pipi dah hehe alhamdulilah lega sangat2

fyna makeup ke masa jerawat teruk2 tu?
yes! sebab fyna selalu berjumpa dengan cust.face to face..then bila ke rumah cust untuk makeup penampilan sangat2 penting..fyna tak nak pergi ke rumah cust dengan bare face..orang cakap..ala tahan la kejap.kesian kulit tu.bla bla bla tapi fyna yang menghadap cust 
alhamdulilah sebab jerawat banyak di rahang..honestly fyna hanya pakai makeup di separuh muka sahaja..di bahagian rahang fyna memang tak pakai langsung any makeup ..so that boleh tutup dengan shawl..ha untungnya bertudung hehe

sejak muka naik jerawat fyna dah tak sentuh any foundation
fyna move on kepada bb cream..

dr wu acnecur bb cream

rm60 lebih
boleh beli di sasa
this is my fav bb cream so far! untul now fyna pakai..so bila dah lama pakai this bb cream..bila pakai foundation estee lauder rasa thick pula hahaha so this is my bestfren now..fyna akan review pasal bb cream ni soon ya?


ni pilihan ke dua fyna vacci liquid foundation.fyna pakai code natural beige
its mineral! so kalau nak nampak flawless sikit fyna akan pakai foundation ni
boleh baca review kat sini



next entry fyna akan share pula apa skincare yang fyna pakai sekrang ini dan apa product yang fyna gunakan untuk hilangkan parut

Tuesday, January 27, 2015

cara hilangkan jerawat yang teruk dalam masa 1 bulan : part 1

assalamualaikum

kepada yang follow instagram fyna..semua dah tahu masaalah kulit fyna yang tiba2 datang and buatkan fyna rasa sedih and sakit sangat

so fyna nak share macam fyna heal kan kulit fyna dalam masa sebulan =)

act kulit fyna dah ok masa fyna guna nivea..jerawat tak naik langsung,,tapi biasalah kan bila kulit dah ok nak jugak try skincare lain..(pengaruh instagram) kulit flawless la.putih gebu pink la semua ada
so one day fyna try 1 product ni..memang ramai gila guna..semua dah flawless..owh ini adalah skincare tempatan yang memang sangat2 femes

so 1st guna ok je..tak ada effect..masuk hari ke 3 kulit dah mula naik jerawat..tiba2 kulit berminyak sangat2..kalau tanya kat orang jual..jawapan standard diorang adalah " proses healing tu" " dia nak keluar jerawat2 toksik2 lama tu " bla bla bla but kita mesti kenal kulit kita sendiri kan? kulit fyna nak kalau skincare tu tak ok dia akan buat perangai awal2.. so fyna pun  terus stop..lepas stop jerawat tadi naik naik naik naik naik..plus kalini naik yang besar then timbul..bila tengok dekat jerawat besar and timbul tu..ada 3 ke 4 jerawat lagi..waa yang tu memang sakit..bukan 1 tapi banyak..sedihnyaaaa..jerawat semua naik bahagian rahang..mujur tak naik ke muka..sebulan jerawat naik tak henti..and fyna buat macam2 langsung tak berkesan..then lepas tu baru fyna jumpa cara naik baik kan jerawat ni and dalam masa sebulan terus lega alhamdulilah

1. jangan stress! kalau stress korang akan menangis then cuba product itu ini kan? jangan! sebab kulit tengah mengamok so cool down..masa fyna stress hari2 pakai mask..lagi teruk naik jerawat tau

2. minum air yang banyak..air boleh mengeluarkan toksin dalam badan and buatkan kulit berminyak les oily

3.control makan..jangan makan makanan yang boleh worst kan jerawat..masa muka fyna jerawat teruk.sebulan fyna pantang..jangan makan seafood..chocolate.ice cream..ikan bilis..budu..cheese..telur..susu..anything..kalau ada yang cakap suruh pantang itu ini..ha ambil nasihat tu.pantang..tapi kalau ada yang kata "alah masa aku jerawat teruk aku makan seafood ok je" jangan dengar..sebab penerimaan badan lain2..lagi banyak pantang lagi ok
so fyna memang sebulan makan ikan, sayur.daging sahaja..sedih..sampaikan 1 rumah pun pantang macam fyna..sebulan juga no seafood hehe..thanks mak ayah support sebab diorang pun kesian dengan fyna..makan buah banyak2 ye

4.tukar cadar/sarung bantal dengan kerap..sebab tak nak muka bergesel2 dengan benda kotor

ok so dalam sebulan praktikan ini tau!

so next entry fyna akan tunjuk product skincare and supliment. =)