Showing posts with label orang jahat. Show all posts
Showing posts with label orang jahat. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

adik..akak tak ada tambang nak balik ni

assalamualaikum

seorang akak yang agaknya berumur dalam 40 an la,..datang ketok cermin kereta fyna..dari gaya baju macam tak ada lah orang miskin macam peminta sedekah..tapi memang muka dia muka kesian gila

kakak itu : adik..tolong dik
fyna : awat kak?
kakak itu : kak dari penang..nak balik tak dak duit..sebab ada orang curi beg akak
fyna : =.=
kakak itu : boleh tak bagi kakak duit sikit..rm50..akak nak balik tak dak tambang ni..kesian la kat kak dik..
fyna : ish saya pon tak ada duit ni kak.. ( sambil buat-buat cari duit dalam handbag)
kakak itu : rm10 pon tak pa la dik..asalkan akak ada tambang nak balik
fyna : ha ni ada rm5 ja kak..ni ja saya boleh tolong..maafla ya
kakak itu : terima kasih dik


kejadian yang sama pernah berlaku tahun lepas... dekat carefour time dekat parking kejadian sama jugak

family fyna didatangi seorang mak cik dalam umur 40 an dengan anak kecik and anak dalam umur 7 tahun

pon dekat tempat parking..

"tolong..saya tak ada tambang nak balik ni..beg saya orang curi..kesianla dekat saya"


bila fikir balik..situasi ni lebih kurang je..
nak duit buat tambang balik sebab bag kena curi

adakah ini sindiket baru?

jual tisu dah tak laku..mintak sedekah dah tak laku

dengan muka kesian..cakap ketar-ketar menahan sedih..dan ulang skrip yang sama..tapi kalau perhati betol-betol..diorang macam berlakon sahaja..seriesly!

pernahkah korang alami benda ni?

if betol lah diorang memang perlukan duit nak balik..alhamdulilah..tapi if ini satu sindiket? 

wallahualam



Sunday, October 23, 2011

lelaki perempuan sama saja

assalamualaikum



i been there before..bukanlah macam ni..but ada yang letak my pic and kutuk-kutuk fyna..it hurt..kite tak buat apa-apa then dituduh

nah alhamdulilah Allah dah tunjukan bukti..but my pic stil there..terima kasih bagi pahala free..right?

ok lah..about this girl..what if this girl dapat tau..her pic diorang buat macam ni? kutuk-kutuk? sesedap hati je korang samakan dia dengan beruk tu =.=

dari her face..macam dia belasan tahun..teenager..tahu je lah..diorang tak berfikir..bertindak ikot hati..one day..dia dapat tahu...satu sekolah gelakkan dia..her family dapat malu..dia sangat tertekan..then..something bad happen..you know what? orang yang mula-mula buat gambar ni and bala tentera yang sama naik menghentam dia..adakah diorang rasa bersalah?
lelaki perempuan sama saja

what if..one day..you snap pic dekat pantai..then ada yang samakan gambar korang dekat penyu..who knows? ingat..tunjuk sekali dekat orang..4 tunjuk dekat kita
inilah orang melayu

wallahualam

till then



Tuesday, August 16, 2011

baru fyna sedar fyna ada 99% yang sayang fyna and 1% yang tak suka fyna..

assalamualaikum

ahhhhhhhhhhhhhh tak sukanya buat entry luahan perasaan..takot orang meluat baca..haritu buat entry pasal sahur and berbuka pon ada yang cakap entry sampah..adoyai..

sebenarnya entry ni nak ucap thanksssssssssss sangat-sangat sebab ramai kawan-kawan menyokong fyna selama ni..macam speech terima anugerah la pulak haha

sebenarnya fyna tak tahu kenapa setiap apa yang fyna buat akan menajdi masalah pada orang..

mula-mula pasal youtube..baca entry ni 
yang paling tah apa-apa bila samakan fyna dengan artis PORN =.=


ok done with that

now pasal tutorial makeup pulak

lepas buat tutorial..fyna dapat req

_____________________________________________________

ape kate kak fyna make up untuk doll eyes.. kan sknk teenagers giler make up mcm niey.. :)

And nak req. How to do your makeup & also tutorial for the shawl skali in the latest pics tu. With ur favorite shawl red+black. I loveee everything about it. Makeup & shawl looks gorgeous =D

kak boleh tak buat tutorial mcmane nak pakai eyeshadow brown lepas tu kan blend dgn black.mcm beautyxxxgoddes tu slalu buat dkt utube? pls pls pls :)

mekap for dinner plak. boleh?

nak request mekap macam Kim Kardashian...thanks sis!

n boleh tak nk request toturial makeup uyk smokey eyes???
ples....")

pandai awk b'mekap.but maaf nk kata sikit yg ni nmpk mcm over sikit..leh tak show me yg simple2..actually sy ni xpandai mekap pun.klau ada ape2 event pun suruh kwn yg mekapkan..hehe..pnh terniat jgk nk try2 mekap sndri tp tp tp sy xpandai lah.blh ajarkan? ;>)

fyna, try la makeup someone/kawan fyna ke yg kulit tanned sikit, sbb kalau kitaorg yang kulit sawo matang ni xboleh la nak guna warna2 mcm fyna guna ni, fyna putih sgt. saye request ni buatkan simple makeup for org kulit sawo matang plss. 

and etc etc
_____________________________________________________


then haters datang


_____________________________________________________

Sorry to say dat ur make up it too much,n please use others model.. sbb i tgk mmg melampau atau u guna model jer lah. eh,i rase u mcm over je. bukan ape kita same2 perempuan elok lah jaga sikit,kalau dah xcantik please jgn buat-uat cantik. kdg2 less is more okey.

 by the way fyna, kenape blend bnyak sngat eyeshadow? not pretty at all. just nk ckp muka u bertompok n still nmpak cela-cela di wajah that means bekas pimple u . x perlu make up tebal sangat nnti rosak muka.and seri wajah x naek kalau make up sangat tebal,cuba tgk bloggers lain yg buat tutorial make up,i tgk xderlah tebal sangat, laen lah u ngah otw nk g event kan,, kalau tutorial x yah pakai lah bedak tebal sangat lagipown nmpak beza sngat dengan tgn u tuu. :( org tengok pown nampak peliks.

see orang pown cakap suruh kau nipis2 je make up.jgn berlagak pro kalau kau x tahu ape2

BETTER JGN MAKEUP TEBAL2 ROSAK MUKA,BEAUTY NATURE OKEY,MUDA2 DH ROSAK MUKA

helow its not ur lighting ker aper.
i x ckp pown pasal muker u lg cerah ker aper.ni pasal muka u x soft nmpak jerawat okey !kalau u nak focus ur eye brow why put to much bedak kat muka? so nmpak sangat. once again don't blame lighting sbb muka u mmg berjerawat. n jangan make up tebal2 specially bedak or krim. buat ape nak sorok kalau mmg muka berjerawat.salam....lu pikirlah sendirik,perempuan kan kan

dah tukar model
booooooooooooo
loser :)


and etc etc
 _____________________________________________________

fyna tau skin fyna xdelah flawless..tapi skin xflawlesss tak semestinya tak boleh makeup kan? fyna nak tunjuk cara makeup je..then korang try la..fyna tak malu nak tunjuk muka fyna berjerawat ke apa..but if nak buat tutorial..kenala buat complete look dari mata sampai mulut kan?
foundation is a must la kan untuk 1st step..but haters macam tak bagi fyna pakai any foundation , bedak and bla bla..kalau dah namanya makeup tutorial tu..kenala buat complete lookan..haiyoo

and tak suka fyna buat banyak warna..banyak sangat warna la..makeup simple2 dah la
haish! agree dengan yang komen fyna di fb..dia cakap kalau nak buat 1 warna je budak sekolah pon boleh

ni makeup tutorial..banyak main warna la sayang.kalau makeup simple je semua pon boleh..baik tak payah buat tutorial kan? tengoklah req banyak makeup macam2 dari makeup natural kan?


click untuk baca apa yang di komen

baru fyna sedar fyna ada 99% yang sayang fyna and 1% yang tak suka fyna..



alhamdulilah

but now..fyna dah tekad berhenti buat tutorial..tapi bukan selamanya..mana boleh..fyna suka makeup kot..hehehe just untuk sementara..supaya keadaan reda sikit....tapi fyna kan terus buat..maybe fyna akan buat sekarang but upload soon..



and thanks kepada yang req..fyna akan cuba try buat as simple as i can..

i love you guys!

Sunday, June 5, 2011

JUST STOP IT LA..

assalamualaikum

kalau korang perasan dekat fb fyna atau pon page fyna..kejap2 ada fyna post pasal faker kan?

hilang satu timbul lagi satu

mesti korang fikir ala orang lain lagi banyak faker..tak dela meroyan macam fyna?

fine

why fyna marah?

of coz la dia curi gambar fyna..bukan satu..tapi nk dekat 100 keping ok!

tak pus hati lagi..curi gambar parents fyna and adik-adik fyna sekali

and yang paling fyna marah sangat-sangat!

fyna dah totally bertudung sekarang..and bila dia letak gambar fyna yang free hair..itu yang fyna marah..kalau dia copy gambar fyna bertudung..fyna boleh bersabar lagi

so korang dah tau kan kenapa fyna marah gila-gila?



and kepada yang curi pic fyna ni..yes you..i know you always stalk my blog and copy all my picture..
and i know you sedang baca ini.. please! delete my picture..

geli lah you bermanja dengan random lelaki..semua lelaki you layan..nampak cheap tau tak! 

huh! sememangnya budak sekolah yang buat kerja ni..mana dia tau nak jaga maruah orang..maruah sendiri pon dia tak tau jaga..

adik please lah ok..delete la my picture..jangan jadikan gambar akak untuk hilangkan kesunyian adik tu..adik ingat dengan letak gambar akak tu..and orang puji-puji, ngorat-ngorat..boleh hilangkan kesunyian adik tu? dengan cara tu ke adik nak dapat bf? ( for sure taste tak ok =.=) its not worth it la..once you tipu orang..berkali-kali orang tipu you tau adik..

JUST STOP IT OK?
OR ELSE YOU WILL REGRET




Monday, May 30, 2011

fake profile: kali ke 3? =.=

assalamualaikum

baru je balik dari dinner dengan family..tadi makan bukan men banyak..gelak..

happy sangat..

balik-balik kawan fyna, fik bagitau fyna ada orang curi gambar fyna..

omg..dah 3 kali kot..
.




lebih dari 50 gambar fyna dia ambik =.=

adik fyna pon dia ambik..bf fyna pon dia ambik..kawan fyna yang kawen u suke suki je dia kata kakak dia.. =.=

tapi alhamdulilah..less dari 30 minit page ni dah tak ada..tq sangat kepada kawan-kawan facebook yang sangat perihatin =')

and tq sangat kepada fik sebab dia hensem so pompuan ni add lah dia..hehe


yeay! tq facebook and kawan-kawan semua


Saturday, May 14, 2011

budak OKU di buli

assalamualaikum..

Mesti dah ada yang tengok video ni kan..
sebab dalam surat khabar pon ada..so kepada yang tak tengok lagi..sila lah tengok ye


nampak tak diorang gunting rambut budak tu..dah la budak tu cacat..ikut sedap diorang je gunting rambut and pukul-pukul budak tu..kesian tengok kan??

tadi dekat fb fyna nampak ni


 memang perihatin rakyat malaysia ni kan? rasanya fb page ni dibuat pada 07.05.2011..tapi dah nak dekat 30K yang like..memang nampak sangat diorang marah



pelajar perempuan yang muka macam nerd tapi sebenarnya........................
(hantar masuk sekolah henry gurney lah=.=)

keratan surat khabar ni menunjukan 3 budak perempuan yang bertanggungjawab menggunting rambut budak OKU ni ( di translate oleh adik fyna =.=)

adik fyna cakap cikgu-cikgu and kawan-kawab buat dunno ja..ish! kenapa kah? apa salah budak perempuan ni..dah la cacat..=.=

tak paham betol..dunia-dunia

apa kata kita botakan kepala budak-budak jahat ni pulak?

Friday, March 4, 2011

anonymous ni kalau samakan dengan dajal boleh?

assalamualaikum






tak paham dah..apa lagi yang tak puas hati pon tak tau lah.pakai tudung salah..tak pakai salah..time tak pakai tudung dulu tak dak pulak yang tegur itu ini..sexy ke apa ke..


tapi bila dah bertudung itu tak kena ini tak kena..sabaq la..tak boleh ka nak bagi masa kat someone untuk perbetulkan diri dia..ni tak..cakap tu macam perluru..komen la itu tak kena ini tak kena


kalau awak tu perfect sangat jangan la jadi anonymous..cuba tunjuk diri tu..nak jugak tengok bagus sangat ka? tau dak sapa yang jadi anonymous orang bodoh pandai..konon nak nasihat orang..hello..orang tak ambik pusing la kalau orang anonymous nak tegur ka nak kutuk ka apa ka..sebab anonymous tu hantu..macam tak wujud..syok pulak jadi anonymous kan? 


kalau nak jadi anonymous jadi la yang bermaruah..bukan jadi anonymous yang bila orang baca orang kutuk balik..tak ka tindakan awak tu bodoh?


sorry lah..saya tak ambik pusing bab anonymous ni..nak kutuk pon kutuk la..tau la dok stalk my blog and fb selalu..sampai dari hujung urat benang shawl saya pakai tu sampai tapak kasut saya p belek habis....lawa sangat kah saya ni..


bila orang tak jawab soalan dia tau pulak marah..nak jawab buat apa kalau dah soalan bodoh..saya tak mau lah jadi orang bodoh dengan menjawab soalan bodoh...memang  dah desperate sangat tu sampai dok tanya lebih dari 20 kali, saya kesiankan, saya jawab la satu..kesian sangat..sampai sangup dok tanya tiap-tiap hari 1 soalan..


susah betol bila jadi orang femes..dari atas sampai bawah dok belek habis..suka sangat la nak amek tau hal saya? awak nak saya layan awak tu 27 jam..kalau cmtu mesti awak suka kan? kesian lah anonymous..meroyan sorang-sorang..


tak payah lah nak stalk saya 27 jam naa..buat apa..bukan saya boleh bagi duit pon.haish..


saya boleh terima teguran dari anonymous yang baik..bukan anonymous yang bermata satu ni


semua blog femes mesti tulis pasal anonymous ni..dah sekarang saya femes..kena lah tulis jugak..haha


sekarang saya dah lock blog, lock formspring. lock semua album fb..letak gambar nerd dekat fb..ok sekarang saya cuma gadis kampung biasa dah..so puas hati? then tunjuk lah diri awak tu.. 




hello tak kan tak berani kot?




Saturday, January 22, 2011


Monday, January 10, 2011

bf saya tak menang..fine!

assalamualaikum

shahir tak menang! 
haish! tau dah..memang artis AF susah nak menang..
eh tersangkut hafiz menang..bagus! siapa kata suara dia tak sedap? haish! pekak tu..

ok lah i tak suka anna rafali menang..
1st sebab tak kenal dia
2nd tak pernah dengar lagu dia
3rd suara dia time nyanyi............ish!

tapi memang da agak artis indie akan menang jugak..nama pun AJL..
nak buat kejutan lah tu..kononya uptodate la..haish!

ok stop!

tak puas hati

terima kasih

Wednesday, December 8, 2010

kau mesti dah lama buat kerja ni!

assalamualaikum

ni nak cerita pasal kejadian 2 ari lepas...time tu my mak, ayah, adik kecik..adik i mimi..adik i 2nd and bf adik i turun dari genting..then diorang pergi makan..parking kereta dekat sangat dengan kedai tu..tempat tu sangat cerah! (time ni malam la)

lepas siap makan..pergi dekat kereta tiba-tiba adik kecik i macam tegur why cermin kereta tak ada? ok kereta citra kan ada tiga tingkap..so tingkap belakang yang kecik tu..tiba-tiba berlubang..masuk kereta tengok..duit dalam beg mak kosong..beg yang ayah letak gaji orang kerja dia dah hilang..laptop 2 bijik hilang...duit niaga sate adik i pon hilang..beg pakaian bf adik i pon hilang! syiling satu sen pon tak ada!

dah kena rompak la ni..pandai sungoh perompak tu kan..tingkap kecik tp sampai ke depan kereta tangan dia boleh sampai..laptop boleh pulak kuar dari cermin kecik tu..haish! my mak juz cakap.nak buat macam mana..tu rezeki depa (diorang).

yang hairannya beg galas adik kecik i diorang tak pulak ambik..beratus kot duit dalam tu..tapi diorang tak ambik even beg tu ada dengan beg ayah and mak..nak kata adik kecik i pakai beg budak-budak tak jugak..beg orang besar dia pakai..rupa-rupanya sebab ada kalimah allah and ada ayat quran dalam beg tu..maybe perlindung beg tu kan..sebab tu diorang tak nampak

so lepas tu terus pergi buat report dekat balai polis..tapi macam biasala..boleh report je la..tak ada tindakan pon..itu semua dah tau kan =.=

kenyang la perompak tu..beribu duit dia dapat..laptop dua bijik pulak! padahal siap letak macam-macam atas laptop tu sebab nk lindung tak nak bagi orang nampak. 

pesanan pada semua..kalau nak tingalkan laptop dalam kereta..buang batery tu..so that diorangtak dapat kesan la..hmmm

ini semua COBAAN and DUGAAN..maybe ada hikamah disebaliknya..


=(

Thursday, November 25, 2010

tengok gambar passport pon dah jatuh cinta ke?

assalamualaikum

ni cerita taun lepas..tiba-tiba teringat time dekat ofis tadi..dulu i ada mintak kerja dekat putrajaya..then resume i ni dihantar ke semua jabatan lah..kot-kot ada kerja kosong..terasa lah kerja dengan gov kan..yang sekarang ni half je =.= 

nak di jadikan cerita..tiba-tiba i dapat call dari no tak kenal..no handphone bukan no office..5 kali dia call last-last i angkat jugak..

lelaki itu: assalamualaikum
saya lah : waalaikumusalam..cari siapa ni?
lelaki itu: ni cik nur shafinatul ke?
saya lah : ha la..ni siapa?
lelaki itu: awak ada hantar resume dekat jabatan ****** kan?
saya lah : ha..ya la kot..awat? 

i cakap agak malas melayan sebab dia call guna no handphone

lelaki itu : amboi..marah ke? 
saya lah : sebenarnya nak apa ni? kalau pasal urusan rasmi boleh tak guna nombor office?
lelaki itu : ok kejap yeeee

1 minit kemudiam
ok kali ni guna nombor office

lelaki itu : hehe sorry
saya lah : emm kenapa? ada apa-apa masalah dengan my resume ka?
lelaki itu : owh orang kedah kan? cakap la lembut-lembut sikit..hehe
saya lah : emm ada keja kosong dekat sana?
lelaki itu : owh buat masa ni belom ada..tapi kalau ada saya call awak ok..hehe..simpan tau nombor saya

gatal laki ni

saya lah : lain kali kalau nak buat urusan rasmi sila guna nombor office ok..kalau tak saya tak angkat..
lelaki itu : ok..hehe tadi dapat resume ni..tengok dekat gambar ni comel je..sebab tu nak try call..hehe 
saya lah : "silent"
lelaki itu : boleh kenal?
saya lah : boleh mintak tolong?
lelaki itu : boleh sangat-sangat hehe
saya lah : kalau ada kerja kosong dekat situ jangan cari saya ok? saya tak berminat..

i terus end call..tiba-tiba message berbunyi,,
wah! ada mms..sapa hantar ni..

jeng! jeng!

lelaki itu hantar gambar dia tengah posing dengan kereta dia..bawah tu ada message pulak.."boleh hantar gambar awak pulak? please..saya nak simpan.."

tunggu lah sampai ke tua..tak adanya i nak hantar gambar balik..=.=' then dia terus call banyak kali..and i malas nak layan i terus off hp

dia berkenan dengan muka skema i ni la..haish!


=.='

saya pon penah kena tipu

assalamualaikum

selalunya i tengok orang kena tipu..at last i pun kena tipu..hm..zaman sekarang memang orang tak boleh percaya..mule-mule cakap baik je..manis je..at last ha! ambik kau! tapi itulah..kita tak boleh percaya orang 100%.. sebab ghairah sangat..kite percaya orang tanpa ragu-ragu..tapi tu lah..perempuan..bila tengok barang cantik laju je nak beli..plus bila barang tu cantik and murah..betol tak?

hm..semua orang dah tau bahayanya kalau beli online ni kan? i ni dah banyak kali jugak beli online ni..last-last terkena jugak..

kes 1
website
mula-mula pasal lense..selalunya i beli dekat kawan i..tapi sebab dia tak ada lagi stock untuk lense yang i minat ni..i beli dekat orang lain..bile message layan ok je la..siap offer lagi kalau ambik 2 dia bagi diskaun banyak..tapi nasib baik lah i tak ambik..dah bayar semua..dalam 3 hari dah sampai..wah! pantas! dalam hati cakap len kali boleh beli lagi..then bukak-buka..aik..lain yang i mintak lain yang i dapat..so i message dia tanya..dia cakap sorry and dia suruh pulangkan and i akan dapt lense yang i nak ASAP..and dia ada mintak bank in rm7 for pos laju!!!!!!!!!  ok tak pe..i sabar lagi..i bank in RM 10 terus..and suruh dia bagi balance sekali dengan lense nanti..so dalam 3 hari i dah dapat lense..i dah agak balance duit memang tak ada..ok fine la kan..bile tengok lense tu..ok i puas hati sebab tu lense yang i nak..tapi bile tengok dekat botol..asal 1 botol tulis power gune pen aje?! hmmm i mula ragu2..i message tanya dia tapi tak reply..ok tak pe..maybe pelekat dah habis kot..fikit positif ok! so bile try pakai....aik! asl rabun semacam je..hmm sebelah clear sebelah rabun..dah kene tipu lah ni! so i message dia tnya dia cakap dia kata dia tak tau..dealer yang bagi and bla bla bla....i malas nak maki-maki..i cume cakap jangan buat macam ni dekat customer lain dah..itu taun lepas maybe bulan 11 or 12..i dah tak ingat website mana lense tu..sory =.= so sekarang i tak akan beli lense dekat sapa-sapa lagi kecuali dekat kawan i..serik!

kes 2
myspace
taun lepas jugak..i beli baju..2 kali i beli baju dekat dia ok je..so i pon dah percaya lah..so haritu i nak beli kasut..kasut tu cantik! adik i pon nak so i order 2..siap bayar semua..sebulan jugak tunggu last-last sampai jugak kasut tu..tapi 1 pasang je..i tanya why 1 pasang je..senang je dia cakap 1 pasang lagi dah habis...ha!!!!!!!!!!!!!!!!! kenapa tak cakap awal-awal..macam mana lah dia order..then dah sampai kasut tu baru cakap..lain kali bagitau awal-awal kan senang..duit nak cepat..tapi delivery soooooooooooo bad lah! hmm! tapi tak pe lah dia refund balik duit i..

kes 3
facebook



lepas balas message ni..terus acc facebook ni tak ada..sampai la sekarang..so?
malas nak cerita panjang-panjang..korang pon dah nampak kan?

i memang tak akan beli on9 lagi..never!

=(


Monday, November 22, 2010

amboi..marah

assalamualaikum

i bukak formspring..wuuuuuuuu terlalu banyak soalan..eh eh ada soalan yang tak best i baca..baiklah..i nak sahre dengan semua..rupa-rupanya entry i cium pipi itu zina? telah buatkan someone marah..and dia dengan bangganya melepaskan marah dekat formspring i and dengan bangganya dia tak pulak mahu namanya dikenali..

maybe dia tersalah paham pasal entry tu. 
i post entry tu sebab i geram dekat admin tu  
letak pic orang sesuka hati and then ikut sedap mulut je cakap pompuan tu buat zina.. 
macam mana kalau admin tu letak pic orang yang u kenal and buat fitnah macam tu?

tahukah anda dengan AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998 ? entry ini 
 kalau itu pic i..memang da kena saman dah ni

i selalu jugak cakap pasal politik dekat facebook..haha i noe politik tu kotor..tapi kena ambik tau jugak lah kan..and ada jugak selisih faham dekat facebook pasal politik ni tapi habis dekat situ saja..and then baik balik..so si polan ni tak pulak nak sound i dekat facebook..nak jugak sound dekat formspring..sebab apa? sebab tak nak tunjukan diri dia? ttakot glemer? baiklah! bagi lah dia guna formspring..dia nak jugak kan..

tak apalah maybe si polan ni sukekan satu parti ni and then bila orang kata dekat parti dia..dia akan marah..oh biasalah semua orang macam tu kan..i pon macam tu! haa see kita sama kan? yeay!

bile cakap pasal politik..kita semua bercakap..semua boleh bersuara..semua ada pendapat masing-masing kan? tapi sebab dia salah paham dengan entry tu..
dia ingat i nak lekehkan parti dia.. 
padahal entry tu sebab i geram ambil gambar orang sesuka hati and cakap bukan-bukan..and bila 1 day orang yang terdekat tu terkena macam 2 orang gurl dalam gambar tu baru u akan tau kenapa i tulis entry ni

sekian terima kasih

=D


 

Saturday, November 20, 2010

cium pipi itu zina?

assalamualaikum

sekarang dekat facebook banyak group2 anti itu dan ini..kadang-kadang i terfikir apa faedahnya ada group anti-anti ni? dalam group tu for sure la dah dapat dosa kering dengan kutuk-kutuk orang or ape-apa yang diorang anti kn tu..

ok lah..ade orang invite i join satu group ni..kononnya group islam la..tapi islam apenye kalau perangai macam tu..orang islam tak ada nya nak mengutuk-ngutuk orang ni..i cuma tak puas hati dengan group ni bila owner group tu senang-senang hati ambil gambar orang and buat fitnah ikut suka dia je.tak payah la nak kata kamu tu group islam kalau........................ eh terlebih pulak..hmm  i malas nak tulis banyak-banyak..silap tulis nanti ada yang kena saman pulak.. =.='

ade 1 gambar dua perempuan pakai tudung and cium pipi..dia boleh cakap diorang buat zina???????? kesianla dekat tuan punya gambar tu...tah-tah yang cium pipi dia tu adik dia..tak ke dia dah buat fitnah? 

Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya.� (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.(Surah al-Hujurat, ayat 6)

cuba bace ini..click dekat gambar if nak tengok jelas

last-last terdiam dia..padan muka..haha

banyak lagi gambar yang diorang upload..ikut suka hati diorang je kan upload then buat fitnah..

ni gambar i dengan adik i comolot..tak mau ambik ka? hahahaha


=D




Tuesday, August 24, 2010

buatlah selagi termampu


ya allah..sekarang baru i tau..ade yang menyamar jadi i then buat orang benci i..then orang lain yang bace pon dah benci i..bile i bace..i terkejut kot..i tak pernah pon kacau sape-sape..tapi ade pulak orang yang dengki then laga-laga kan i..owh i tak tau samaada mereka berpakat kenekan i or what..

sumpah bukan i yang tanye dia soalan-soalan tu and bukan i yang maki-maki dia..seumur hidup i..i tak pernah maki-maki orang..ya itulah kelemahan i..

biar ape pon orang cakap tentang i..i senyap..i buat tak tahu..cume i tak nak besar-besarkan cerita..sebab i tak nak sakitkan hati i..so i just pekak kan telinga..buat macam biasa..and ini yang i amalkan dari sekolah lagi..alhamdulilah..i tenang macam ni..i boleh lagi senyum and happy..
ya..memang ada orang yang menyamar kononye kenal sangat i then buat fitnah sampai orang lain pon percaya..tapi realitinya mereka langsung tidak kenal and tak pernah pon jumpa i..

then semua cerita fitnah tu hilang macam tu je..bagi i kebenaran akan terbukti juga nanti...tak usahla kita hebohkan satu dunia yang kita tak bersalah dan tunding jari kepada orang lain..mungkin bila kita beriya-iya buktikan kita tak bersalah dan orang akan percaya..tapi fikir balik.. siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya..

tuhan maha adil..i tak nak jatuhkan hukuman or doakan bukan-bukan..even orang selalu cakap and kutuk-kutuk i..buatlah selagi anda mampu..buatlah sehingga ada puas..

fitnah lah puas-puas..ingat..1 jari kita tunjuk dekat orang 4 jari tunjuk kat kite balik 


tak payah la i bagitau sape orang tu..bukan jenis i letak pic orang and aib kan dia..terase diri hina and jijik if buat begitu..and tak larat pulak nak menangung dosa orang yang percaya ape yang kita tulis pasal orang tu =.=

may allah bless you all

alhamdulilah..sampai sekarang, i belom pon pernah bergadoh dengan my bf..and belom ada dugaan yang perlu kami lalui...i harap hubungan kami akan kekal sampai bila-bila..