assalamualaikum
dulu fyna fikir,ok..umur 30 tahun....
maybe fyna dah kahwin
maybe fyna dah ada anak
maybe fyna dah berjaya.tapi..berjaya dalam bidang apa?
semuanya angan2..fyna memang kuat berangan..ya lah..berangan tu kan free..
but now
alhamdulilah..apa yang capai rasanya macam magic..my biggest achievement ialah fyna ada my own makeup and photo studio.alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah..tanyalah any makeup artist..mereka memang nak ada 1 makeup studio..lagi senang untuk berkarya
awal tahun baru ni fyna cakap kat mak..
"mak.along nak ada studio sendiri..berapa simpanan along?"
mak cakap
"cukup untuk bina studio"
mak memang jaga duit kami adik beradik..lepas job terus bagi duit dekat mak..untuk mak sikit.untuk simpanan sikit..
kalau ada duit kat tangan fyna..shopping la jawabnya haha
alhamdulillah..siap semua bulan 5..lepas push push orang yang buat studio fyna.akhirnya siap juga hihi..sorry..
from this
to this
as a makeup artist..kalau difikirkan 5 tahun lepas fyna hanya buat sambilan.sampai sekarang full time..my hobby tukar jadi my kerjaya..wow..is that so great!
as a blogger and youtuber.fyna langsung tak terfikir yang blog ni akan ada orang baca hari2..sedangkan dulu blog ni cuma luahan perasaan but now..dah jadi side income.alhamdulilah
rezeki fyna datang lewat sikit...sabar..jangan putus doa..ada..
dan memang kalau difikirkan..fyna tak kan fikir fyna boleh sampai ke tahap sekarang.
Allah adalah sebaik perancang..
kepada semua di sana..jangan pernah give up.jangan pernah putus doa kepada Allah..Allah maha mendengar..Allah akan bagi apa yang kita mahu..cepat atau lambat..maybe bukan apa yang kita doakan.malah lebih dari apa yang kita doakan
kadang2 fyna segan nak minta doa supaya diberi jodoh..sebab apa yang fyna ada sekrang macam dah lebih..lebih sangat2..
macam orang kata..dah beri peha nak betis pula
jadi untuk jodoh fyna serah pada Allah..fyna cuma perbaiki diri.insyallah..mana tahu..Allah nak kurniakan someone..mungkin bukan sekarang.masih belum puas bermanja dengan mak ayah
5 comments:
Wow terbaiklah studio sis.. cantik design & just simple :D
Wow terbaiklah studio sis.. cantik design & just simple :D
Wow terbaiklah studio sis.. cantik design & just simple :D
Thumbs up, fyna!
cantik rumah fyna..n good luck in ur career..sy dh lme follow blog fyna n slalu bce..keep it up
Post a Comment