Friday, February 11, 2011

diriku musafir =P

assalamualaikum

sudah 3 hari i jadi musafir..eceh gaya macam jalan jauh-jauh je kan?

hari rabu bertolak dari rumah ke negeri sembilan, rumah maksu. taman emerald park seremban 2

khamis bertolak ke UTM Skudai.. + rumah paklong dekat taman pulai indah, kangkar pulai. (betol ke ni? =P)

esok bangi..rumah sedara..

yang seronoknya jadi musafir ni..solat 2 kali je.. =P ringkas and senang

Solat Jamak Taqdim
  • Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
  • Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
  • Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
  • Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.
  • Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.Syarat-syarat Jamak Taqdim


Solat Jamak Takkhir
  • Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
  • Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
  • Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.Syarat-syarat Jamak Takkhir

terkedek-kedek i hafal cara solat ni..maklaumlah jalan jauh setahun sekali je..haha..

tapi yang best sekarang tempat solat dekat RNR dah cun-cun and selesa gila!



asyik pose cun je..apa kata jadi diri sendiri jap =P



end for now 

5 comments:

liyanaziz said...

betul betul... sekarang RNR dah cantik2, selesa, dalam toilet ada kipas laju2, sejukk je.. hehehehhehe

shahjiehan said...

comey....

sugar2 kapas strawberry said...

jamak bila jalan jauh..:)

aLieF si Muncung ManiS said...

selamat mnjadi musafir..suka tgok gambar fyna..honestly alief nak bgtaw awk ni comel la..huhu..

ENTRY BARU ALIEF-->suka hati korang la nak kutuk blog alief.alief tak kisah pun...alief nak repot kat ben ashaari dab bangku kosong..siap la korang..."

mascaraq said...

hi kak fyna,
saya tag kak fyna untuk join contest syum x nampak gigi, hehe mai lah tgk kat blog saya :D