Sunday, June 29, 2014

Pinjaman RM2 juta untuk industri fesyen

assalamualaikum

fyna tahu ramai di sini ingin menjadi pereka fesyen atau mahu bekerja dalam bidang ini tapi tak berpeluang menjadikan impian tu kenyataan sebab modal tak cukup..kan?

jangan risau



Fashion Pitch adalah satu inisiatif oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”) yang bertujuan untuk menawarkan peluang perniagaan bagi pereka dan usahawan fesyen baru dan sedia ada. Menerusi Fashion Pitch, pereka fesyen yang mempunyai rekaan yang unik dan asli akan disenarai pendek dan dipanggil untuk membentangkan idea mereka kepada sekumpulan hakim yang telah dilantik. Inisiatif ini telah dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2013 dengan kerjasama Fashion Valet, iaitu sebuah butik fesyen maya yang menawarkan rekaan oleh pereka fesyen tanah air.

Mereka yang berminat perlu menghantar kertas cadangan dan borang permohanan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2014. Selain mempunyai minat dalam bidang fesyen, pemohon juga perlulah merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Menerusi Fashion Pitch yang dijalankan tahun lepas, MyCreative telah meluluskan pinjaman kepada empat orang pemohon yang berjaya iaitu Pearly Wong, Commoddity, Fern Design dan Whimsigirl.

Pemohon perlu menghantar kertas cadangan mereka ke fashionpitch2@mycreative.com.my bersama-sama borang permohonan yang dimuat turun daripada butang Fashion Pitch di laman sesawang www.mycreative.com.my. Pemohon yang telah disenarai pendek akan dipanggil bagi satu sesi pada “Hari Pembentangan” yang akan dijalankan pada bulan September 2014. Panel hakim yang akan mengadili sesi “Hari Pembentangan” terdiri daripada wakil daripada MyCreative dan pereka-pereka fesyen yang tersohor. Para pemohon akan diadili berdasarkan keunikan idea mereka.

MyCreative bertuah kerana berpeluang mendapat khidmat ikon-ikon fesyen yang sudi untuk menjadi sebahagian daripada panel hakim Fashioin Pitch 2013. Antaranya ialah:


1. Dato’ Bernard Chandran
Pereka fesyen terkenal Malaysia. Antara pelanggan tetap rekaan fesyennya adalah dari golongan Diraja Malaysia dan Brunei serta dua orang daripada bekas Ratu Cantik Dunia. Dato’ Bernard Chandran pernah dikenali sebagai ”Putera Fesyen” Malaysia tetapi kini beliau telah diangkat sebagai “Raja Fesyen” Malaysia. Beliau juga merupakan pemilik kepada Bernard Chandran Couture House.

2. Dato’ Nancy Yeoh
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Stylo Worldwide Limited. Stylo merupakan satu jenama festival fesyen B2C (business to consumer atau bisnes ke pelanggan) di mana platform tersebut dapat menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat fesyen serantau dengan rakan kongsi dari negara-negara Asia.

3. Fadzarudin Shah Anuar
Pengasas dan Pengarah Urusan Fashion Valet Sdn Bhd. Ditubuhkan pada tahun 2010 dengan matlamat untuk membawakan fesyen terkini terus ke pintu rumah pengguna, Fashion Valet merupakan platform fesyen maya yang pertama dan popular di Malaysia.

4. Azlin Ishak
Pengarah Kewangan dan juga pemilik bersama Global Retail Ventures Sdn Bhd. Syarikat ini mewakili jenama antarabangsa seperti Peacock, Tape A L’oeil, Collezione, BHS, Accessorize, Jane Norman dan Blue Inc. Global Retail Ventures Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2005 yang dahulunya dikenali sebagai Global Clothing Sdn Bhd.

5. Farhanita Shaid
Beliau merupakan Pengurus Besar The Melium Group yang antaranya terlibat dengan pelbagai jenama fesyen antarabangsa dan peneraju “café culture” di Malasia, antaranya, jenama DÔME. Melium merupakan peneraju jenama fesyen mewah dan perniagaan berbentuk gaya hidup di Malaysia sejak tahun 1989.

6. Johan Ishak
Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures Sdn Bhd.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Nadia Muadzam atau Ainunnajhan Marzuki
Hal Ehwal Korporat
MyCreative Ventures Sdn. Bhd.
T: 03- 7712 7212 / Nadia 012-3782318 / Ainun 017-7140400
F: 03- 7733 7604 E: pr@mycreative.com.my

1 comment:

Maria Hasun said...

maria tak minat design just minat fesyen je. hehe